Menjadikan ianya sebagai program atau aktiviti yang berterusan. Aktiviti
Aktiviti telah dimulakan seawal 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran para peserta.
Sebanyak 5 modul telah diperkenalkan kepada para peserta semasa Taklimat Alam Sekitar selepas sesi pendaftaran iaitu:
Modul 1: Manusia, Air dan Sungai
Modul 2: Lembangan Sungai- Isu dan Masalah
Modul 3: Pengurusan Lembangan Sungai Secara Bersepadu
Modul 4: Pengurusan Sungai secara 'hand-on'
Modul 5: Kajian Kes 'EM dan Teknologi Air'- Sungai di Sekolah Menengah Syed Hassan
Kerja Lapangan turut diadakan seperti Pemerhatian Fizikal (Kad Laporan Sungai), Kajian Kualiti Air sama ada secara Kimia atau Biologi dan Audit Air.
Program Kitar Semula menggunakan EM dan program pemulihan Sungai dengan membaling EM mudball ke dalam sungai.
Lima buah sekolah di setiap lembangan sungai Perlis.iaitu melibatkan hampir 50 orang pelajar. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Titi Tok Bandar, Sekolah Kebangsaan Sungai Berembang, Sekolah Kebangsaan Changkat Jawi, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, Sekolah Kebangsaan Sena.