Thursday 8 November 2007

Plan Sungai Perlis


Kawasan Negeri Perlis yang terletak di luar kawasan MADA mempunyai lebih dari sepuluh (10) batang sungai utama yang semulajadi dan aliran airnya keseluruhannya tertumpu ke Sungai Perlis. Panjang sungai iaitu bermula dari Kuala Perlis hinggalah ke Kangar adalah sepanjang 11 km.

Pada masa ini Sungai Perlis merupakan satu-satunya sungai utama yang menjadi tumpuan orang ramai samada tempatan atau pelancong luar berkumpul untuk aktiviti riadah dan rekreasi. Bilangan pengunjung yang menggunakan kawasan sungai dan persekitaran sebagai kawasan rehat dan rekreasi dianggarkan seramai 10,000 sebulan.
Namun demikian keadaan sungai tersebut tidak mencapai tahap yang diinginkan sebagai sungai contoh dan jauh sekali untuk dibandingkan dengan sungai-sungai utama dinegara-negara maju di dunia.

Masalah-masalah yang dihadapi pada masa ini ialah sepertimana berikut :
(i) Kualiti air sungai yang rendah yang pada masa ini ditahap Kelas IV.
(ii) Hakisan yang berlaku di tebing-tebing sungai.
(iii) Sungai menjadi terlalu cetek pada masa air surut mendedahkan kekotoran sungai dan tidak dapat dilalui bot/perahu.
(iv) Setinggan-setinggan yang menduduki kawasan rizab sungai.

Taklimat dan Audit Sungai Di Program Motivasi Kem Kesedaran Alam Sekitar





Taklimat berkenaan Kesedaran tentang Pencemaran Sungai dan Audit Sungai telah dilaksanakan di dalam Kem Kesedaran Alam Sekitar Merentasi Geografi untuk pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas peringkat Sekolah-sekolah Menengah Negeri Perlis pada 12 Julai 2007. Seramai 120 pelajar telah mendengar ceramah berkenaan Pencemaran Sungai dan pengalaman mengaudit Sungai. Fasilitator ada lah terdiri dari Cik Khairunisah dari JPS Negeri Perlis dan En Ahmad bin Ismail dari JAS Negeri Perlis yang merupakan Jurulatih River Ranger Negeri Perlis. Dua orang pembantu fasilitator lain ialah Cikgu Shahrin dan Cikgu Madzlan yang juga merupakan jurulatih River Ranger Negeri Perlis

Wednesday 4 July 2007

Program Satu Negeri Satu Sungai


PROGRAM SATU NEGERI SATU SUNGAI
- Komponen Bersama masyarakat
Group 1- terdiri daripada JPS Perlis, JAS Perlis, NGO P.Pinang, Guru-guru Sek Perlis dan PBT Penang