Thursday 8 November 2007

Plan Sungai Perlis


Kawasan Negeri Perlis yang terletak di luar kawasan MADA mempunyai lebih dari sepuluh (10) batang sungai utama yang semulajadi dan aliran airnya keseluruhannya tertumpu ke Sungai Perlis. Panjang sungai iaitu bermula dari Kuala Perlis hinggalah ke Kangar adalah sepanjang 11 km.

Pada masa ini Sungai Perlis merupakan satu-satunya sungai utama yang menjadi tumpuan orang ramai samada tempatan atau pelancong luar berkumpul untuk aktiviti riadah dan rekreasi. Bilangan pengunjung yang menggunakan kawasan sungai dan persekitaran sebagai kawasan rehat dan rekreasi dianggarkan seramai 10,000 sebulan.
Namun demikian keadaan sungai tersebut tidak mencapai tahap yang diinginkan sebagai sungai contoh dan jauh sekali untuk dibandingkan dengan sungai-sungai utama dinegara-negara maju di dunia.

Masalah-masalah yang dihadapi pada masa ini ialah sepertimana berikut :
(i) Kualiti air sungai yang rendah yang pada masa ini ditahap Kelas IV.
(ii) Hakisan yang berlaku di tebing-tebing sungai.
(iii) Sungai menjadi terlalu cetek pada masa air surut mendedahkan kekotoran sungai dan tidak dapat dilalui bot/perahu.
(iv) Setinggan-setinggan yang menduduki kawasan rizab sungai.

No comments: