Tuesday 8 July 2008

Program River Ranger di Pusat Kokurikulum pada 5 Julai 2008


Program ini telah diadakan pada 5 Julai 2008 dan aktiviti ini diadakan di Sungai Korok (di kawasan Sekolah Menengah Syed Hassan)

Mendedahkan kepada masyarakat terutama generasi muda berkenaan kesedaran alam sekitar, terutamanya pencemaran terhadap sungai dan seterusnya kekurangan sumber semulajadi termasuk air minuman dimana ianya adalah untuk generasi kita di masa hadapan.

Menjadikan ianya sebagai program atau aktiviti yang berterusan.
Aktiviti

Aktiviti telah dimulakan seawal 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran para peserta.

Sebanyak 5 modul telah diperkenalkan kepada para peserta semasa Taklimat Alam Sekitar selepas sesi pendaftaran iaitu:

Modul 1: Manusia, Air dan Sungai

Modul 2: Lembangan Sungai- Isu dan Masalah


Modul 3: Pengurusan Lembangan Sungai Secara Bersepadu


Modul 4: Pengurusan Sungai secara 'hand-on'

Modul 5: Kajian Kes 'EM dan Teknologi Air'- Sungai di Sekolah Menengah Syed Hassan

Kerja Lapangan turut diadakan seperti Pemerhatian Fizikal (Kad Laporan Sungai), Kajian Kualiti Air sama ada secara Kimia atau Biologi dan Audit Air.


Program Kitar Semula menggunakan EM dan program pemulihan Sungai dengan membaling EM mudball ke dalam sungai.

Lima buah sekolah di setiap lembangan sungai Perlis.iaitu melibatkan hampir 50 orang pelajar. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Titi Tok Bandar, Sekolah Kebangsaan Sungai Berembang, Sekolah Kebangsaan Changkat Jawi, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, Sekolah Kebangsaan Sena.










2 comments:

Anonymous said...

perlu menyemak:)

Anonymous said...

Ya, mungkin kerana itu